Wednesday, March 27, 2013

Jemputan untuk menyertai Siri Kuliah Bersijil Islam dan Peradaban 2013



Mengukuhkan peranan masjid  sebagai pusat pembangunan adab dan peradaban melalui aktiviti-aktiviti keilmuan yang berstruktur

                                                               
Siri Kuliah Bersijil Islam dan Peradaban 2013
Tema: Pengenalan kepada Budaya Ilmu dan Adab dalam Islam

Pensharah: En. Roslan Jelani (Siri 1) 
Format Kuliah: 5 sesi, 2 jam untuk setiap sesi 
Tarikh Kuliah: 26 April, 10 Mei, 24 Mei,  7 Jun,  21 Jun *

* Nota: Sekiranya tarikh pilihanraya jatuh pada 27hb April (Sabtu) maka kuliah pertama 
(26 April) akan ditangguhkan ke tarikh seterusnya 10 Mei (Jumaat) pada waktu dan tempat yang sama


Hari & Masa: Jumaat (2 minggu sekali), 9 - 11 malam
Anjuran: Masjid al-Mukarramah Sri Damansara dengan kerjasama My Sisters Axis
Yuran: Pendaftaran (RM 10) Bayaran Kursus (RM 50)

Pengenalan
Individu muslim terusan disuguhkan dengan pelbagai ideologi yang datang dari luar.  Tanpa jati diri yang kukuh,  pemikiran dan kefahaman yang diterima menimbulkan kekeliruan serta kerancuan yang serius.  Cabaran pemikiran yang dialami turut mempengaruhi banyak aspek kehidupan agama mereka.
Melalui  pengkajian sejarah dan peradaban  membantu pembentukan jati diri individu. Menyelami khazanah keilmuan silam bakal membangkitkan kesedaran tentang kehebatan tamaddun bangsa sendiri.  Ini berupaya mengukuhkan  identiti diri mereka; menghilangkan rasa rendah diri serta kecenderungan menganggap lebih baik segala yang datang dari luar,  khususnya dari peradaban barat.
Atas alasan ini, menjadi satu keutamaan membimbing individu mengenali serta memahami proses pembentukan peradaban  berdasarkan konsep adab yang menyeluruh yang meliputi individu dan masyarakat serta menjangkau semua bidang dan institusi seperti agama, kebudyaan, sosio-politik, ekonomi, kesenian, senibina dan selainnya.  Melalui kefahaman yang diterima  bakal mengubah perspektif  diri mendorong  perubahan dalam cara berfikir, membuat keputusan , bertindak dan seterusnya berhasil memenuhi potensi kecemerlangan diri
Perincian Program
Merangkumi 5 siri kuliah yang menghuraikan aspek-aspek penting berkaitan dengan tema.  Rujukan utama buku Adab dan Peradaban :  Karya Pengi’tirafan untuk Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (Penerbit MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2012) yang telah dilancarkan pada 16 Feb 2013 oleh YBhg Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam satu seminar anjuran UTM.

Antara topik yang akan dibincangkan meliputi:
i) Cabaran Pemikiran Umat Islam Masa Kini
Para peserta akan didedahkan kepada  berbagai dilema yang menyumbang kepada  kemunduran pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam masa kini dan sejauh mana pandangan alam Islam dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini.

ii) Meninjau sejarah pertembungan ketamaddunan Islam dan Barat
Berkisar pada unsur sekularisasi serta keperluan  melengkapkan diri dan akal setiap orang Islam berhadapan dengan pelbagai masalah pokok dalam pemikiran dan falsafah moden yang meruntuhkan peradaban manusia.
iii) Peranan pandangan alam Islam dalam melahirkan Adab dan Peradaban
Diperjelaskan bagaimana pandangan alam Islam itu berhasil menerbitkan komitmen yang tinggi terhadap prinsip kehidupan yang berteraskan Tawhid ,   menyingkap suatu kebenaran dan kebathilan  yang  menutup segala ruang  keraguan sehingga  melahirkan ketaatan tanpa berbelah-bagi.
iv) Kebudayaan, pendidikan dan sains dalam Islam
Penjelasan akan berkisar kepada istilah-istilah kunci dan tema-tema utama yang terkandung dalam al-Qur’an yang dapat menyumbang kepada pemantapan aspek budaya, pendidikan, dan sains di kalangan umat Islam.
v) Khazanah keilmuan Islam dalam aspek adab dan peradaban
Membincangkan secara ringkas karya-karya agung tentang adab dan peradaban yang dikategorikan sebagai Mirror for Princess yang lahir dalam setiap zaman kegemilangan tamadun Islam sama ada di Timur Tengah, India-Pakistan, dan Kepulauan Melayu.

Cara Pendaftaran:

(i) Hubungi Saudari Nurhidayah Ismail 013-2126970
atau
(ii) di pautan ini

https://docs.google.com/forms/d/19ULWEwBceA5O0wNLTAEykpbcj7VGiJY5hcRsARE5xr0/viewform
Tempat adalah terhad. Dijemput untuk membuat pendaftaran segera.

Marilah kita bersama menelaah khazanah keilmuan Islam.
Sekian, Terima kasih.

Wednesday, February 27, 2013

Bengkel Matlamat Hidup & Kebahagiaan


15 & 16 Disember 2012
10 pagi - 4 petang

Islamic Information & Services Foundation (IIS) Lecture Hall, Setiawangsa


(i) Sinopsis Bengkel

Bagi segelintir orang, menetapkan matlamat bukanlah suatu yang diperlukan atau penting. Mereka langsung tidak peduli samada kehidupan yang dilalui memenuhi tujuan atau matlamat yang sebenar atau sebaliknya. Di sudut lain ada yang bertanggapan menetapkan matlamat hidup hanya untuk orang lain dan bukan untuk mereka. 

Individu yang tidak tahu arah tujuannya, sudah pasti tidak akan tahu juga apa yang dia inginkan. Kehidupan individu begini tidak jauh berbeza dari makhluk-makhluk lain yang lebih rendah, yang memenuhi bumi untuk seketika dan bila tiba masa pulang ke tempat asal tanpa membawa bekalan apa juga. 

Mempunyai
matlamat hidup adalah penting kerana sebagaimana yang disebutkan oleh J F Kennedy “ Efforts and courage are not enough without purpose and direction.”. Terdapat sekurang-kurangnya 5 sebab mengapa ia penting. 
matlamat hidup ini ada yang dibentuk secara sedar dan ada pula yang tanpa sedar.

semasa sesi kuliah
sesi perbincangan kumpulan dan pembentangan



(ii) Pengenalan: 

Ramai diantara kita yang tidak diajar dan dibimbing untuk membuat matlamat hidup. Sehingga kadang kala, tanpa sedar, matlamat hidup kita dibentuk dan dipengaruhi oleh apa yang menjadi consensus (persetujuan) masyarakat - yang mungkin tidak pernah dipersoalkan kebenarannya atau tidak. 
Padahal matlamat hiduplah sebenarnya perkara paling signifikan dalam menentukan letak duduk nilai segala aktiviti dan amalan yang dilakukan sehari-hari, pada apa yang menjadi prioriti, pada apa yang perlu diusahakan sehabis baik, pada apa yang menjadi bukan keperluan. 

Dan bagi kita individu Muslim, sudah tentulah matlamat hidup satu perkara yang perlu jelas dan difahami sungguh-sungguh, kerana akan bagaimana kehidupan itu diaturkan, pada apa yang diusahakan di dunia ini, akan memberi kesan pada untung-nasib di akhirat kelak. Oleh yang demikian, matlamat hidup itu mestilah bukan sekadar apa yang menjadi agak-agakan khalayak, apa yang dipersetujui masyarakat - bahkan perlu melangkaui dari itu. Ia mesti perlu diyakini benar, dari sumber yang benar, yang keyakinan akan kebenaran itu - walau dipaksakan sebaliknya, tetap tidak mampu menandingi keyakinan yang telah diperoleh. Dia malah bergerak dan mengatur hidup dengan keyakinannya tadi. Justeru, kita bertanya - maka apanya matlamat hidup sebenar manusia ini?

Matlamat hidup ini yang perlu ditafsirkan dalam bentuk visi dan misi. Visi dalam kita menentukan arah (ibarat kompas) dan misi dalam memenuhinya (tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai visi/tujuan/matlamat akhir yang ingin dicapai).

Selain itu, seseorang itu juga perlu tahu kriteria dalam menilai keberhasilan dari matlamat yang ditetapkan, apakah selama ini dia itu ‘on the right track’ atau dia merasakan sudah di landasan namun ternyata diri sendiri yang tertipu, jadi bagaimana mahu membuat penilaian?

Matlamat hidup yang tepat akan membuahkan kebahagiaan. Turut dikupas ialah makna kebahagiaan, segi-segi, jenis-jenis, dan martabat-martabat kebahagiaan; hubungan kebahagiaan dengan tujuan hidup dan diri insan.

Bengkel yang diadakan lebih bersifat aplikasi, kerana kita ingin menafsir ke dalam bentuk visi dan misi untuk diri sendiri. Bengkel ini lebih bersifat praktikal walaupun ada bahagian-bahagian yang perlu dijelaskan secara teoritikalnya dahulu.


Saturday, January 26, 2013

Kuliah Pengukuhan Intellectual Activism

Kuliah Bulanan Pengukuhan Intellectual Activism 

 (Julai 2012-2013)
 Tema: Permasalahan Umat Islam Masa Kini
 
Tempat:

Bilik Kuliah
Masjid al-Mukarammah
Jln Saga SD 8/1, Bandar Sri Damansara,
52200, K.Lumpur


Anjuran:

Intellectual Youth Club (Kelab Pemikir Muda)
International Islamic University Malaysia

&
My Sisters Axis



Pensharah: En. Roslan Jelani 

Kuliah diadakan setiap bulan, pada hari Sabtu jam 9 malam.


  •  Objektif


1.1               Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat muslim khususnya mahasiswa tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat masa kini.
1.2               Memberikan sisi lain kepada masyarakat bagi isu-isu yang berlaku yang kebiasaannya dilihat dari sudut pandang kefahaman politik semata-mata.
1.3               Menjadi medan untuk mahasiswa mendapatkan pendedahan yang lebih sempurna tentang permasalahan umat dan bagaimana respons terbaik dan tepat yang seharusnya diberikan mengikut kapasiti, ruang, dan keperluan yang ada.
1.4               Melahirkan masyarakat yang sedar akan kedudukan masyarakat Muslim di Malaysia, dan menghayati budaya ilmu – dalam erti kata setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan didasari oleh ilmu.


  • Sasaran Peserta



Para pemimpin pelajar samada di universiti atau badan bukan kerajaan (NGO), pelajar peringkat pengajian tinggi




Berminat untuk turut serta?
Sila e-mel kan butiran diri ke;
mysistersaxis@gmail.com atau pemikir2@gmail.com