Wednesday, March 27, 2013

Jemputan untuk menyertai Siri Kuliah Bersijil Islam dan Peradaban 2013



Mengukuhkan peranan masjid  sebagai pusat pembangunan adab dan peradaban melalui aktiviti-aktiviti keilmuan yang berstruktur

                                                               
Siri Kuliah Bersijil Islam dan Peradaban 2013
Tema: Pengenalan kepada Budaya Ilmu dan Adab dalam Islam

Pensharah: En. Roslan Jelani (Siri 1) 
Format Kuliah: 5 sesi, 2 jam untuk setiap sesi 
Tarikh Kuliah: 26 April, 10 Mei, 24 Mei,  7 Jun,  21 Jun *

* Nota: Sekiranya tarikh pilihanraya jatuh pada 27hb April (Sabtu) maka kuliah pertama 
(26 April) akan ditangguhkan ke tarikh seterusnya 10 Mei (Jumaat) pada waktu dan tempat yang sama


Hari & Masa: Jumaat (2 minggu sekali), 9 - 11 malam
Anjuran: Masjid al-Mukarramah Sri Damansara dengan kerjasama My Sisters Axis
Yuran: Pendaftaran (RM 10) Bayaran Kursus (RM 50)

Pengenalan
Individu muslim terusan disuguhkan dengan pelbagai ideologi yang datang dari luar.  Tanpa jati diri yang kukuh,  pemikiran dan kefahaman yang diterima menimbulkan kekeliruan serta kerancuan yang serius.  Cabaran pemikiran yang dialami turut mempengaruhi banyak aspek kehidupan agama mereka.
Melalui  pengkajian sejarah dan peradaban  membantu pembentukan jati diri individu. Menyelami khazanah keilmuan silam bakal membangkitkan kesedaran tentang kehebatan tamaddun bangsa sendiri.  Ini berupaya mengukuhkan  identiti diri mereka; menghilangkan rasa rendah diri serta kecenderungan menganggap lebih baik segala yang datang dari luar,  khususnya dari peradaban barat.
Atas alasan ini, menjadi satu keutamaan membimbing individu mengenali serta memahami proses pembentukan peradaban  berdasarkan konsep adab yang menyeluruh yang meliputi individu dan masyarakat serta menjangkau semua bidang dan institusi seperti agama, kebudyaan, sosio-politik, ekonomi, kesenian, senibina dan selainnya.  Melalui kefahaman yang diterima  bakal mengubah perspektif  diri mendorong  perubahan dalam cara berfikir, membuat keputusan , bertindak dan seterusnya berhasil memenuhi potensi kecemerlangan diri
Perincian Program
Merangkumi 5 siri kuliah yang menghuraikan aspek-aspek penting berkaitan dengan tema.  Rujukan utama buku Adab dan Peradaban :  Karya Pengi’tirafan untuk Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (Penerbit MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2012) yang telah dilancarkan pada 16 Feb 2013 oleh YBhg Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam satu seminar anjuran UTM.

Antara topik yang akan dibincangkan meliputi:
i) Cabaran Pemikiran Umat Islam Masa Kini
Para peserta akan didedahkan kepada  berbagai dilema yang menyumbang kepada  kemunduran pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam masa kini dan sejauh mana pandangan alam Islam dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini.

ii) Meninjau sejarah pertembungan ketamaddunan Islam dan Barat
Berkisar pada unsur sekularisasi serta keperluan  melengkapkan diri dan akal setiap orang Islam berhadapan dengan pelbagai masalah pokok dalam pemikiran dan falsafah moden yang meruntuhkan peradaban manusia.
iii) Peranan pandangan alam Islam dalam melahirkan Adab dan Peradaban
Diperjelaskan bagaimana pandangan alam Islam itu berhasil menerbitkan komitmen yang tinggi terhadap prinsip kehidupan yang berteraskan Tawhid ,   menyingkap suatu kebenaran dan kebathilan  yang  menutup segala ruang  keraguan sehingga  melahirkan ketaatan tanpa berbelah-bagi.
iv) Kebudayaan, pendidikan dan sains dalam Islam
Penjelasan akan berkisar kepada istilah-istilah kunci dan tema-tema utama yang terkandung dalam al-Qur’an yang dapat menyumbang kepada pemantapan aspek budaya, pendidikan, dan sains di kalangan umat Islam.
v) Khazanah keilmuan Islam dalam aspek adab dan peradaban
Membincangkan secara ringkas karya-karya agung tentang adab dan peradaban yang dikategorikan sebagai Mirror for Princess yang lahir dalam setiap zaman kegemilangan tamadun Islam sama ada di Timur Tengah, India-Pakistan, dan Kepulauan Melayu.

Cara Pendaftaran:

(i) Hubungi Saudari Nurhidayah Ismail 013-2126970
atau
(ii) di pautan ini

https://docs.google.com/forms/d/19ULWEwBceA5O0wNLTAEykpbcj7VGiJY5hcRsARE5xr0/viewform
Tempat adalah terhad. Dijemput untuk membuat pendaftaran segera.

Marilah kita bersama menelaah khazanah keilmuan Islam.
Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment