Wednesday, February 27, 2013

Bengkel Matlamat Hidup & Kebahagiaan


15 & 16 Disember 2012
10 pagi - 4 petang

Islamic Information & Services Foundation (IIS) Lecture Hall, Setiawangsa


(i) Sinopsis Bengkel

Bagi segelintir orang, menetapkan matlamat bukanlah suatu yang diperlukan atau penting. Mereka langsung tidak peduli samada kehidupan yang dilalui memenuhi tujuan atau matlamat yang sebenar atau sebaliknya. Di sudut lain ada yang bertanggapan menetapkan matlamat hidup hanya untuk orang lain dan bukan untuk mereka. 

Individu yang tidak tahu arah tujuannya, sudah pasti tidak akan tahu juga apa yang dia inginkan. Kehidupan individu begini tidak jauh berbeza dari makhluk-makhluk lain yang lebih rendah, yang memenuhi bumi untuk seketika dan bila tiba masa pulang ke tempat asal tanpa membawa bekalan apa juga. 

Mempunyai
matlamat hidup adalah penting kerana sebagaimana yang disebutkan oleh J F Kennedy “ Efforts and courage are not enough without purpose and direction.”. Terdapat sekurang-kurangnya 5 sebab mengapa ia penting. 
matlamat hidup ini ada yang dibentuk secara sedar dan ada pula yang tanpa sedar.

semasa sesi kuliah
sesi perbincangan kumpulan dan pembentangan



(ii) Pengenalan: 

Ramai diantara kita yang tidak diajar dan dibimbing untuk membuat matlamat hidup. Sehingga kadang kala, tanpa sedar, matlamat hidup kita dibentuk dan dipengaruhi oleh apa yang menjadi consensus (persetujuan) masyarakat - yang mungkin tidak pernah dipersoalkan kebenarannya atau tidak. 
Padahal matlamat hiduplah sebenarnya perkara paling signifikan dalam menentukan letak duduk nilai segala aktiviti dan amalan yang dilakukan sehari-hari, pada apa yang menjadi prioriti, pada apa yang perlu diusahakan sehabis baik, pada apa yang menjadi bukan keperluan. 

Dan bagi kita individu Muslim, sudah tentulah matlamat hidup satu perkara yang perlu jelas dan difahami sungguh-sungguh, kerana akan bagaimana kehidupan itu diaturkan, pada apa yang diusahakan di dunia ini, akan memberi kesan pada untung-nasib di akhirat kelak. Oleh yang demikian, matlamat hidup itu mestilah bukan sekadar apa yang menjadi agak-agakan khalayak, apa yang dipersetujui masyarakat - bahkan perlu melangkaui dari itu. Ia mesti perlu diyakini benar, dari sumber yang benar, yang keyakinan akan kebenaran itu - walau dipaksakan sebaliknya, tetap tidak mampu menandingi keyakinan yang telah diperoleh. Dia malah bergerak dan mengatur hidup dengan keyakinannya tadi. Justeru, kita bertanya - maka apanya matlamat hidup sebenar manusia ini?

Matlamat hidup ini yang perlu ditafsirkan dalam bentuk visi dan misi. Visi dalam kita menentukan arah (ibarat kompas) dan misi dalam memenuhinya (tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai visi/tujuan/matlamat akhir yang ingin dicapai).

Selain itu, seseorang itu juga perlu tahu kriteria dalam menilai keberhasilan dari matlamat yang ditetapkan, apakah selama ini dia itu ‘on the right track’ atau dia merasakan sudah di landasan namun ternyata diri sendiri yang tertipu, jadi bagaimana mahu membuat penilaian?

Matlamat hidup yang tepat akan membuahkan kebahagiaan. Turut dikupas ialah makna kebahagiaan, segi-segi, jenis-jenis, dan martabat-martabat kebahagiaan; hubungan kebahagiaan dengan tujuan hidup dan diri insan.

Bengkel yang diadakan lebih bersifat aplikasi, kerana kita ingin menafsir ke dalam bentuk visi dan misi untuk diri sendiri. Bengkel ini lebih bersifat praktikal walaupun ada bahagian-bahagian yang perlu dijelaskan secara teoritikalnya dahulu.


No comments:

Post a Comment