Saturday, January 12, 2013

Latar Belakang



(i) Penubuhan kumpulan perbincangan ini adalah susulan dari pertemuan dengan Prof Wan Mohd Nor (Pengarah CASIS UTM) tahun lepas. Prof menekankan tentang pentingnya mempunyai sayap muslimah kerana pihak yang tidak senang dengan Islam menjadikan wanita-wanita Islam sebagai senjata untuk menikam dari dalam. Dalam sejarah, telah berlaku banyak kejatuhan yang berpunca dari wanita. Jadi menjadi tanggungjawab untuk bangkit dan menyiapkan diri dengan ilmu, kemahiran di samping berdoa berterusan supaya diberi Allah bantuan dan keberkatan dari Nya.

(ii) Sejak mutakhir ini, minat kepada pemikiran Prof SMN al-Attas semakin meningkat.  Bahkan bahan dan perbincangan ilmiah semakin mendapat sambutan, khususnya di  laman media sosial, yang semakin menjadi wadah penting perkongsian ilmu dan platform perbincangan. 

Bagaimanapun, dari maklum balas yang diterima, ramai muslimah yang merasa keterbelakang dalam memahami pemikiran-pemikiran yang bersifat falsafah, logik dan absrak. Ramai yang meluahkan keinginan diberi kesempatan untuk belajar, bertatih dalam kelompok yang lebih selesa iaitu tertutup dan dalam kalangan mereka yang hampir setahap (yang masih baru berjinak-jinak dengan perbincangan seperti ini). 


Maka terwujudlah platform MySisters Axis ini.

No comments:

Post a Comment